KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera tersepit selepas kereta yang dipandunya terlibat dengan kemalangan di jalan menghala ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan pada awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.29 pagi sebelum pasukannya tiba ke lokasi sembilan minit kemudian.
“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas sebelum mengakibatkan pemandunya tersepit.
“Mangsa yang berusia 25 tahun itu berjaya dikeluarkan pada jam 5.16 pagi dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Nazri, operasi tersebut melibatkan anggota seramai lapan orang dengan sebuah jentera FRT dan sebuah unit EMRS. – MalaysiaGazette
















