Antara tiga individu yang ditahan miliki dadah dalam Op Tapis Khas di Mukah.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan polis dalam Operasi Tapis Khas kerana memiliki dadah jenis methamphetamine di beberapa lokasi sekitar Mukah, Sarawak semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kes pertama melibatkan seorang lelaki warga asing yang ditahan di hadapan hotel bajet di Jalan Boulevard Setiaraja pada jam 1 tengah hari selepas polis menemui 1.14 gram methamphetamine  dengan anggaran nilai RM200 dalam pemeriksaan.

Selain itu, ujian urin mendapati suspek pertama positif amphetamine serta methamphetamine.

Antara tiga individu yang ditahan miliki dadah dalam Op Tapis Khas di Mukah.

Kes kedua dan ketiga melibatkan dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 26 dan 34 tahun yang ditahan di simpang tiga jalan ladang sawit, Jalan Mukah-Selangau selepas polis menemui methamphetamine seberat 0.30 gram dengan anggaran nilai RM150, dan 0.11 gram dengan anggaran nilai RM110. 

Ujian urin bagi kes kedua menunjukkan keputusan positif dadah, manakala kes ketiga negatif.

“Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 24 November bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujar Muhamad Rizal.

Muhamad Rizal turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah supaya menghubungi talian hotline 084-871222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast