Mangsa banjir di PPS Masjid Sg Seluang, Kulim Kedah.

GEORGE TOWN – Seramai 630 mangsa banjir membabitkan 175 keluarga masih ditempatkan di tujuh Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Pulau Pinang dan Kedah setakat jam 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pulau Pinang merekodkan 242 mangsa daripada 57 keluarga yang ditempatkan di empat PPS melibatkan dua daerah.

Di Seberang Perai Utara, tiga PPS masih beroperasi dengan 192 mangsa daripada 46 keluarga, manakala satu PPS di Seberang Perai Tengah menempatkan 50 mangsa daripada 11 keluarga.

Sementara itu di Kedah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)memaklumkan daerah Kulim kekal sebagai satu-satunya daerah terjejas dengan 388 mangsa daripada 118 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

PPS Masjid Al-Muhtadin Sg Seluang menempatkan 168 mangsa daripada 49 keluarga, PPS Surau Keda Naga Lilit mempunyai 45 mangsa daripada 14 keluarga, manakala PPS SK Permatang Tok Dikmencatat 175 mangsa daripada 55 keluarga.

Pemantauan rapi di semua kawasan terlibat masih diteruskan oleh agensi berkaitan mengikut keadaan cuaca dan paras air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast