Gambar hiasan

KUANTAN – Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Raub dan Lipis yang menempatkan 42 orang.

Menurut infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, dua PPS berkenaan ialah Balai Raya Kampung Hulu Sungai di Raub dan PPS Dewan Sebaguna Datuk Omar Kuala Medang di Lipis.

“Setakat petang ini, seramai 11 keluarga bersamaan 23 orang penduduk di tempatkan di Balai Raya Kampung Hulu Sungai di Raub yang dibuka pada malam tadi.

“Manakala lapan keluarga membabitkan 19 penduduk ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Datuk Omar Kuala Medang di Lipis yang mula beroperasi jam 9 pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Paras air di Sungai Telemong, Bentong berada dalam keadaan waspada manakala paras air sungai di Lipis kembali normal. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast