Shamsul Iskandar Mat Akin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Shamsul Iskandar  berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi tadi.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya menerusi hantaran pada platform X, hari ini.

Sebelum ini terdapat gesaan supaya Shamsul Iskandar dipecat daripada jawatan itu berikutan dakwaan beliau menyenaraikan enam kontraktor dalam surat sokongan bagi projek hospital.

Beikutan itu, Anwar menegur keras setiausaha politiknya itu kerana mengeluarkan surat sokongan kontraktor bagi sebuah projek hospital pada 2024.

Menurut Perdana Menteri, secara prinsip, tindakan setiausaha politik itu tidak boleh dilakukan dan peraturan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran surat sokongan sedemikian dengan perkara maksimum yang beliau sendiri buat adalah mencatat ‘sila teliti semula’.

Shamsul Iskandar yang merupakan Ketua PKR Melaka mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast