KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan gantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa banjir bagi dokumen yang hilang atau rosak akibat bencana.
Dokumen yang terlibat termasuk MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Perkahwinan (Sivil), Sijil Kewarganegaraan serta dokumen lain yang dikeluarkan oleh JPN.
Menurutnya, perkhidmatan bas, van dan kenderaan pacuan empat roda akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas sebaik sahaja lokasi tersebut dapat diakses bagi memudahkan urusan orang ramai untuk memohon gantian dokumen pengenalan diri.
“Semoga usaha ini dapat meringankan beban mangsa banjir dalam menguruskan urusan dokumentasi rasmi,” katanya hari ini. – MalaysiaGazette
















