Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut tropika Senyar selepas mengesan satu sistem cuaca aktif berhampiran perairan negara di Selat Melaka.

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ribut tersebut telah dikesan pada kedudukan Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° timur dan dijangka bergerak ke arah Timur Tenggara dengan kelajuan kira-kira 9 kilometer sejam (km/j) dan boleh mencapai 50 km/j.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November (Sabtu) ini,” katanya pada sidang media tergempar mengenai Ribut Tropika Senyar di sini, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia berada di luar kawasan laluan ribut tropika kerana kedudukan Malaysia yang berada di garisan Khatulistiwa.

Bagaimanapun beliau menegaskan, Malaysia pernah dilanda ribut tropika secara langsung sebanyak dua kali iaitu pada 26 Disember 1996 (Greg) di Sabah dan pada 26 Disember 2001 (Vamei) yang berlalu di selatan Semenanjung.

“MetMalaysia telah mengeluarkan nasihat sistem cuaca yang dikemaskini setiap tiga jam bermula pada 23 November apabila system tersebut telah memasuki kawasa pemantauan METMalaysia iaitu dalam lingkungan latitude 0 darjah hingga 20 darjah U dan longitud 95 darjah hingga 130 darjah timur,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast