KUANTAN – Semua penduduk Pahang yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya sentiasa peka dan cakna dengan maklumat dan keadaan cuaca terkini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan turut menyeru seluruh penduduk mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa termasuk mereka yang tinggal di kawasan berisiko untuk bersiap sedia apabila diarahkan berpindah ke PPS.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (buruk) di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong sehingga 29 November 2025,
Ia termasuk amaran hujan berterusan (waspada) di Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin dalam tempoh yang sama.
Setakat malam tadi, Raub dan Lipis masih terjejas banjir apabila kini sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Menurut infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sehingga jam 10 malam tadi, 41 keluarga membabitkan 109 mangsa banjir ditempatkan di PPS di dua daerah itu. – MalaysiaGazette
















