Seorang lelai dikenali sebagai K. Maran dilaporkan hilang di Bandar Sungai Buloh. Foto PDRM

KUALA LUMPUR –  Orang ramai diminta membantu mengesan seorang lelaki dikenali sebagai K. Maran yang dilaporkan hilang sejak 21 November lalu di Bandar Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 22 tahun sekitar jam 10.25 malam, pada Ahad.

“Pengadu yang juga anak mangsa memaklumkan bapanya yang berusia 44 tahun telah keluar dari rumah di Blok D, Jalan Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh sekitar jam 10 pagi pada 21 November lalu.

“Mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 185 sentimeter, berat sekitar 75 kilogram, berkepala botak dan berambut hitam, memiliki muka bujur dan berkuilt gelap dan mempunyai kesan parut terbakar pada seluruh badan. 

“Maran kali terakhir dilihat memakai baju t-shirt panjang dan berseluar slack warna hitam serta berkasut coklat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Hafiz, siasatan telah dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH).

“Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Sarjan Mohamad Faisal Abdul Rahman di talian 011-13020013,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast