Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan kepada media selepas Majlis Penutup Simposium IPCC 2025 bahawa kerajaan mengambil serius keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kes kehilangan aktivis Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh. Mahkamah memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa serta mengarahkan siasatan diteruskan.















