Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa polis telah menjalankan operasi intipan selama beberapa bulan melibatkan serbuan berskala besar di sebuah premis. Berdasarkan taklimat Ketua Polis Kuala Lumpur, terdapat keperluan untuk menilai semula undang-undang sedia ada, termasuk peruntukan di bawah JAWI dan Kanun Keseksaan, kerana kerangka undang-undang semasa didapati tidak memadai untuk tindakan penguatkuasaan yang lebih efektif.















