Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kediaman di Setapak hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 8.01 pagi berhubung penemuan seorang lelaki berusia 77 tahun yang ditemui terbaring di bahagian belakang pondok pengawal.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 19 kediaman berkenaan.

“Mangsa merupakan lelaki tempatan berumur 77 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast