Program 'Back To School' hari ini melibatkan 25 murid Sekolah Kebangsaan Merting di Jerantut Pahang.

KUALA LUMPUR – Seramai 100 murid dari empat sekolah kebangsaan di Jerantut, Pahang terpilih untuk menerima sumbangan wang zakat daripada Bank Pembangunan Malaysia Bhd.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Rozilan Saleh dalam kenyataan berkata, empat sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan Merting, Sekolah Kebangsaan Cebong, Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan dan Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya.

Katanya, menerusi program tersebut, setiap murid menerima RM300 wang zakat untuk membeli keperluan peralatan sekolah.

“Terima kasih kepada Bank Pembangunan dan Pertubuhan Hati Suci yang telah memilih keempat-empat sekolah terbabit sebagai penerima,” katanya.

Program diselaraskan oleh beliau dan Pertubuhan Hati Suci yang dipengerusikan Zaidi Zainuddin. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast