Ali Tinju selepas sesi bertemu dengan bekas tentera di Bukit Beruntung dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 balu anggota tentera dan polis di seluruh negara masih memerlukan bantuan kerajaan untuk meneruskan kehidupan.

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia & Ketua Penyatuan Gabungan NGO, Datuk Mohd Ali Baharom berkata, jumlah itu dianggarkan pihaknya menerusi satu tinjauan yang diadakan pihaknya baru-baru ini.

“Mereka (balu) ini ada yang kini dibantu oleh anak masing-masing namun masih ada dalam kalangan mereka susah dan memerlukan bantuan kebajikan.

“Saya menerima banyak panggilan daripada mereka yang memerlukan bantuan dan kami buat apa yang termampu sahaja,” katanya atau dikenali Ali Tinju.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi bertemu dengan bekas tentera di Bukit Beruntung dekat sini hari ini.

i selepas sesi bertemu dengan bekas tentera di Bukit Beruntung dekat sini hari ini.

Menurut Ali Tinju, tinjaun pihaknya juga mendapati golongan balu itu juga berasa seakan-akan dilupakan oleh kerajaan dan semakin terpinggir.

“Majoriti mereka ada menyatakan mahu bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau prihatin kepada nasib rakyat teraniaya,” ujarnya.

Sehubungan itu, selaku NGO yang membela nasib veteran ATM dan PDRM, Ali Tinju bersedia membantu agensi kerajaan menganjurkan pertemuan antara balu-balu berkenaan dengan Perdana Menteri.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast