Mohd Yusoff Mahadi

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan peletakan jawatan beramai-ramai atau pembubaran barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk itu.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata berita yang tular di media sosial berhubung perkara terbabit adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Untuk makluman, pelantikan dan pemilihan semua Exco FAM dibuat melalui saluran yang sah dan berperlembagaan, hasil daripada proses pengundian di Kongres FAM selaras dengan Statut FAM serta garis panduan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak antarabangsa.

“FAM menegaskan bahawa struktur kepimpinan sedia ada terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh komitmen demi memastikan kelangsungan tadbir urus serta pembangunan bola sepak negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusoff berkata FAM kekal komited untuk terus beroperasi secara telus, profesional dan berintegriti demi kepentingan bola sepak Malaysia. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast