Infografik Bencana Banjil MTL 2025/2026 Negeri Pahang

KUANTAN – Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 2,027 orang yang terdiri daripada 626 keluarga ditempatkan di 15 buah pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi tadi.

Menurut infografik terkini Bencana Banjir MTL 2025/2026 Negeri Pahang, angka itu meningkat berbanding jam 8 malam tadi yang mencatat 989 mangsa daripada 294 buah keluarga di sembilan PPS.

“13 PPS telah dibuka di Kuantan dan dua lagi PPS di Maran. Seramai 1,953 mangsa banjir ditempstkan di Kuantan.

“Manakala 74 mangsa banjir di Maran di Pusat Pemindahan Tetap Luit dan di PPS Bengkel Wanita Kampung Bak-Bak,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan mencatat aras bahaya manakala tiga sungai telah melepasi paras amaran.

Ia termasuk Sungai Tembeling di Jerantut, Sungai Kuantan di Bukit Kenau di sini, dan Sungai Mentiga di Pekan.

Ramalan cuaca menjangkakan hujan menyeluruh di negeri ini pada pagi, petang malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast