KUALA LUMPUR – Pengasuh sebuah taska di Alam Indah, ditahan berhubung kes penderaan membabitkan bayi berumur antara enam hingga Sembilan, baru-baru ini.
Pengesahan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, tangkapan dibuat pada 16 Disember lalu selepas pihaknya menerima tiga laporan berkaitan kes terbabit.
“Kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, sehingga kini hanya seorang suspek sahaja terlibat di dalam kes tersebut.
Terdahulu, tular pengguna akaun Threads mendakwa anaknya didera oleh pengasuh taska.
Hantaran berkenaan turut menunjukkan video dipercayai daripada rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV).
“Anak sy diperlakukan macam anak patung. Hari kejadian pada 15/12/2025. Pengasuh pengasuh taska ni semua setan bertopengkan manusia.
“Tolong reshare utk keadilan anak saya,” tulis liyanazulkifli__ .-MalaysiaGazette
















