Airit Rayyan Rizqin (kanan). Foto IG Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pelakon Rita Rudaini naik angin dengan seorang individu yang mempertahankan bekas suaminya, Aidil Zafuan bahawa bapa kepada dua anak lelakinya itu tidak pernah culas membayar nafkah dua anak.

Rita, 49, turut mencabar Aidil agar dapat menyertakan resit pembayaran sebagai bukti tanggungjawab memberikan nafkah sebanyak RM3,000 sebulan yang dilunaskan seperti didakwa.

“Tolonglah beri resit bayaran. Semua orang nak tengok yang berhutang skip (langkau) bayar tu berapa bulan?
“Tolonglah tunjuk. Netizen perlu tahu,” katanya menerusi hantaran di platform Threads di sini.

Rita atau nama lengkapnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar turut memuat naik semula hantaran pemilik akaun yang berkongsi tangkap layar kenyataan dibuat bekas suaminya mengenai isu nafkah.

Ibu tunggal itu turut memberitahu bahawa jumlah diberikan bekas ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak mencukupi untuk perbelanjaan dua anak.

“RM3,000 pun sebab gaduh di mahkamah. Boleh bayar apa untuk anak-anak? Duit tempat perlindungan anak-anak pun tak lepas RM3,000 itu.

“Jom lawan di mahkamah. Ada berani?,” ujarnya.

Terdahulu Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008 namun mereka disahkan bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Pada 2017 tuntutan nafkah anak, mutaah dan idah Rita diputuskan mahkamah yang memerintahkan lelaki terbabit membayar RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, manakala bagi mutaah dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast