KUALA LUMPUR – Sebuah rumah di Kampung Takuli Kampung Takuli, Beaufort hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada kira-kira jam 3 pagi tadi.

Empat buah kereta dan enam motosikal turut renting dalam kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, PPgB Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan diterima pada jam 3.56 pagi, sebelum sepasukan sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki, dua pancutan, serta sumber air terbuka dari longkang dengan bantuan pam angkut bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.55 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.07 pagi selepas lokasi disahkan selamat.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast