Sila rujuk infografik yang disediakan untuk maklumat lanjut berkenaan penutupan penuh pusingan U ini serta laluan alternatif sepanjang tempoh tersebut.

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Sungai Besi, Besraya (M) Sdn Bhd dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan
melaksanakan ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di KM9.5 kedua-dua arah bermula 5 Januari 2026 secara percubaan selama enam bulan untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna

Besraya (M) Sdn. Bhd. berkata, pembangunan pesat di sepanjang jajaran Lebuhraya Sungai Besi seperti Pekan Sungai Besi, Kg Malaysia, Kuchai Lama, Pekan Salak Selatan, Bandar Tasik Permaisuri dan Taman Salak Jaya, telah menyumbang kepada pertambahan trafik dan menyebabkan kesesakan pada waktu puncak pagi dan petang di kawasan tersebut.

Lalu lintas bersilang di pusingan U di KM9.5 turut mengganggu aliran trafik laluan utama lebuhraya dan menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sekitar Kawasan tersebut.

Penutupan penuh pusingan U KM9.5 adalah inisiatif untuk meningkatkan kelancaran aliran trafik.

Semasa pelaksanaan ujian rintis penutupan penuh pusingan U ini, pengguna dari arah Selatan boleh menggunakan pusingan U di KM8.6, dan bagi pengguna dari arah Utara boleh menggunakan pusingan U di KM10.5, katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast