Penyanyi, Ariff Bahran

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ariff Bahran tampil sokongan kepada pelakon Datin Intan Najuwa yang menuntut pereka fesyen, Rizman Ruzaini melangsaikan hutang berjumlah RM1.3 juta.

Ariff atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 27, menegaskan, hutang wajib dilangsaikan tidak kira berapa pun jumlahnya tanpa perlu pergi ke mahkamah.

“Kalau berhutang wajib bayar. Tak kisah RM1.3 juta ke RM425,000 ke RM1,000 ke RM400 ke. Kalau dah masuk mahkamah lagi banyak denda yang kau kena bayar.

I feel you sister (saya memahami anda) @intannajuwa. Semoga berjaya,” tulisnya di hantaran di platform Threads.

Pada masa sama, Intan turut membalas perkongsian Ariff dengan mendoakan agar penyanyi terbabit juga menerima bayaran yang sepatutnya.

“Terima kasih. Saya harap awak juga mendapat hak awak semula,” katanya.

Sebelum ini, Ariff mendedahkan masih belum menerima bayaran balik sebanyak RM425,000 selepas menjadi mangsa penipuan seorang penganjur acara.

Peserta Famili Duo musim tiga itu bersama beberapa rakan lain menjadi penaja bagi konsert band Indonesia, Sheila On 7.

Begitupun, persembahan mega yang sepatutnya berlangsung tahun lalu tidak direalisasikan namun pengurus acara terbabit tidak memulangkan semula wang mereka.

Sejak tahun lalu, Ariff sudah mendesak individu berkenaan melunaskan janji apatah lagi susulan hutang tertunggak itu menjejaskan kehidupannya serta rakan lain sehingga ada yang bercerai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast