Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mahu Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), bagi menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan melantik pengerusi baharu.

Katanya, panggilan mesyuarat tergempar itu selaras Fasal 8.3(l)(b) perlembagaan gabungan itu.

“Adalah diharapkan perkara ini diambil perhatian dan Tindakan sewajarnya memandangkan Tarikh kuat kuasa peletakan jawatan tersebut telah berjalan melebihi 10 hari,” katanya dalam surat yang ditujukan kepada timbalan-timbalan pengerusi dan ahli-ahli majlis tertinggi PN.

Surat itu bertarikh 10 Januari 2026.

Abdul Hadi berkata, belau telah menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN pada 30 Disember 2025.

Katanya, Pas menghormati dan menerima keputusan Muhyiddin serta merakam setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat dan jasa bakti yang dicurahkan sepanjang menerajui gabungan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast