Fadhlina.

NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan percanggahan sistem permohonan kemasukan ke sekolah berasrama yang menimbulkan kekeliruan mengenai kelayakan pelajar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu mungkin berpunca daripada gangguan pada sistem dan memerlukan penelitian lanjut.

Jelas beliau, maklumat lanjut termasuk nama sekolah terlibat diperlukan bagi memastikan sama ada sistem terbabit benar-benar bermasalah.

Bagi saya sedikit ruang buat siasat dan buat semakan berhubung isu sistem ini, mungkin barangkali kerana ada gangguan dan juga aduan sebegitu.

“Kalau boleh kita dapatkan nama sekolah untuk membuat semakan adakah sistem itu benar-benar bermasalah,” katanya ketika diminta mengulas aduan segelintir ibu bapa yang mendapati nama anak mereka wujud dalam sistem sekolah namun semakan peringkat KPM menunjukkan pelajar terbabit tidak layak dan perlu mengemukakan rayuan.

Berdasarkan aduan terbabit, ibu bapa dimaklumkan kelayakan pelajar tidak boleh ditentukan berdasarkan sistem sekolah sebaliknya perlu merujuk sistem KPM.

Keadaan itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa kerana paparan dalam sistem memberi gambaran pelajar layak namun akhirnya perlu mengemukakan rayuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast