KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong yang menilai beliau seperti ‘cakap tak serupa bikin’.
Menurutnya, keputusan yang dibuat mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini adalah sesuatu yang bermaruah bukan seperti Kah Leong.
“Bukan cakap tak serupa bikin, tapi cakap orang bermaruah berbeza seperti orang yang tiada maruah macam kamu.
“Malu lah DAP dapat pemimpin macam kamu, sembang kencang tapi takut hilang jawatan rupanya,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Kenyataan Dr. Muhamad Akmal itu sebagai reaksi kepada hantaran Kah Leong di laman sosial Facebooknya hari ini yang mempersoalkan ketegasan beliau untuk melawan DAP.
Sedangkan, kata Kah Leong, yang merampas kerusi UMNO adalah Perikatan Nasional (PN) bukannya DAP.
“Bebal tak dapat diajar. #CakapTakSerupaBikin,” kata Kah Leong.
Terdahulu, Dr Muhamad Akmal dalam ucapan dasar perhimpunan sayap Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 hari ini menegaskan tidak akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana mahu menentang DAP habis-habisan.
Namun beliau akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuat kuasa minggu depan. – MalaysiaGazette

















Kenapa harus perangai DAP Dan bukan nya PN yang merupakan musuh politik UMNO.. Aku rasa lebih baik keluar UMNO utk lebih relevan lawan dgn DAP.