Asap tebal di kawasan daif di daerah Gangnam, Seoul. foto: Inside South Korea

SEOUL – Hampir 300 anggota bomba Korea Selatan dikerahkan untuk memadam kebakaran besar di sebuah kawasan daif di Gangnam, di selatan Seoul.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun 47 penduduk telah dipindahkan.

Yonhap News melaporkan terdapat 110 orang tinggal di kawasan terjejas.

Bomba berkata, kebakaran tercetus sekitar 5.10 pagi berkuasa dan amaran kebakaran dinaikkan pada tahap kedua tertinggi susulan kebimbangan api boleh merebak ke gunung berhampiran.

Sebanyak 85 jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian, namun pihak berkuasa tidak dapat mengerahkan helikopter berikutan keadaan jerebu dan habuk halus yang menyelubungi bandar mewah itu.

Menteri Keselamatan Korea Selatan, Yun Ho-jung, mengarahkan pegawai supaya “menggerakkan semua anggota dan peralatan yang ada bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menyelamatkan nyawa dan memadam kebakaran”, menurut laporan Yonhap News Agency.

Kampung Guryong merupakan kawasan perumahan usang di Gangnam, salah satu daerah paling kaya di Seoul, dan dijadualkan untuk dibangunkan semula menjadi bangunan kediaman bertingkat tinggi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast