Padah melakukan aksi menunggang motosikal secara merbahaya, seorang lelaki ditahan polis selepas video aksinya merempit tular.
Klip video berdurasi 17 saat itu memaparkan beberapa penunggang motosikal dengan salah seorang daripadanya melakukan aksi ‘Superman’ di lorong kanan jalan dipercayai berlaku di Jalan Kuantan Bypass kira-kira pukul 5.00 pagi, 18 Januari lalu.















