fb Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di New Zealand pada Khamis.

Dalam satu kenyataan media, kementerian itu memaklumkan bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau rapi perkembangan susulan insiden tersebut, yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Gunung Maunganui pada kira-kira 9.30 pagi (waktu tempatan).

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa New Zealand yang berkaitan dan Persatuan Malaysia Auckland berhubung insiden berkenaan.

“Kementerian mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Kementerian menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi di talian +64-4-385 2439 (talian utama) atau +64-21-044 0188 (bantuan konsular kecemasan/selepas waktu pejabat).

Selain itu, mereka juga boleh dihubungi melalui e-mel di [email protected].

Tambah kementerian, pihaknya akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan memberikan kemas kini dari semasa ke semasa sekiranya perlu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast