Pengarah Teknikal Kejohanan, Mohd Khairul Hafiz Hassan, bergambar bersama Atlet Muay Thai selepas sidang media berkenaan Kejohanan Tfight All Star 2026 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 24 JANUARi 2026.

KUALA LUMPUR – Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars 2026 pada April ini dijangka menjadi tumpuan peminat sukan tempur tempatan dan antarabangsa.

Ia kerana dengan kehadiran legenda Muay Thai dunia, Buakaw Banchamek sebagai tarikan utama.

Sebagai pemanas badan menjelang kejohanan berprestij itu, pihak penganjur mengadakan Pra T-Fight bagi memperkenalkan skala penganjuran, barisan atlet terlibat serta komitmen mereka dalam mengangkat sukan Muay Thai ke tahap lebih tinggi di rantau ini.

Kemunculan Buakaw di Malaysia sememangnya dinanti-nantikan, apabila beliau dijadualkan beraksi dalam perlawanan utama menentang petarung dari Beijing, Meng Gaofeng.

Atlet berusia 28 tahun itu memiliki rekod profesional 45 perlawanan dengan 33 kemenangan, termasuk sembilan kemenangan KO, selain pernah merangkul gelaran Juara Wu Lin Feng China 2020, WLF World Champion dan IPCC China Champion.

Pengarah Teknikal Kejohanan, Mohd Khairul Hafiz Hassan, bergambar bersama Atlet Muay Thai selepas sidang media berkenaan Kejohanan Tfight All Star 2026 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 24 JANUARi 2026.

Secara keseluruhan, T-Fight All-Stars 2026 bakal menampilkan tujuh perlawanan melibatkan petarung dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai kejohanan Muay Thai bertaraf antarabangsa.

Penganjur pada sidang media semalam optimis kejohanan itu bukan sahaja mampu menarik perhatian peminat sukan tempur, malah menjadi platform penting dalam memartabatkan Muay Thai serta memperkukuh kedudukan negara ebagai hab acara sukan tempur peringkat serantau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast