Tangkap layar MPV polis mengejar kereta suspek di kawasan Meru, Klang, semalam.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki sempat menyembur alat pemadam sebelum melarikan diri selepas ingkar memberhentikan kenderaan dalam kejadian di kawasan Meru, Klang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S.Vijara Rao berkata, anggota peronda polis (MPV) telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan sekitra jam 10 malam.

“Anggota telah mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan, namun suspek mengingkari arahan dan terus memecut laju bagi meloloskan diri.

“Suspek turut bertindak agresif dengan menyembur alat pemadam api ke arah MPV polis hingga mengakibatkan terbabas. Kedua-dua suspek itu kemudian melarikan diri.

“Manakala kenderaan mereka yang ditinggalkan telah dirampas dan usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu katanya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast