Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Menurut sumber, penahanan kedua-dua suspek dibuat selepas mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sekitar jam 6.30 petang tadi.

“Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah sumber, kedua-dua individu itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya esok jam 9 pagi untuk mendapatkan permohonan membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan memakluman, siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut undang-undang yang berkuasa.

Beliau juga menegaskan, SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.

“Kes ini disiasat dibawah peruntukkan Akta SPRM 2009 dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast