Peguam Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa 14 item yang disita dari sebuah kediaman di Ampang Jaya bukan milik beliau, sebaliknya kepunyaan anaknya, Amin Daniel. Menurut peguam Nasser Yusof, pihaknya akan memfailkan saman interpleader bagi menuntut semula harta-harta tersebut dalam masa terdekat.















