Anggota bomba membersihkan tumpahan tanah di tepi jalan berhampiran Bukit Kuda Health Clinic, Jalan Batu Tiga Lama, pagi tadi.

KLANG– Tindakan pantas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar berjaya memastikan keselamatan pengguna jalan raya selepas berlaku tumpahan tanah pasu bunga di tepi jalan berhampiran Bukit Kuda Health Clinic, Jalan Batu Tiga Lama, awal pagi tadi.

Insiden dilaporkan sekitar jam 2.28 pagi dan pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 2.45 pagi.

Pemeriksaan mendapati tanah daripada pasu bunga yang dilanggar sebuah kereta bertaburan sepanjang kira-kira 15 meter di tepi jalan.

Komander Operasi, PBK I Ahmad Fuad Nasaruddin Johari, bersama lima anggota lain segera menjalankan kerja pembersihan sehingga kawasan tersebut bebas daripada bahaya.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.
`
Menurut kenyataan PGO Negeri Selangor, operasi berjalan lancar dan tindakan segera bomba berjaya mengelakkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast