Tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Hector Hevel, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Hector Hevel digantung 12 bulan oleh FIFA.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan menjalankan pendengaran secara bersemuka untuk kes membabitkan tujuh pemain warisan negara pada 26 Februari ini.

Perkembangan itu disahkan CAS menerusi satu kenyataan di laman rasminya hari ini sambil memberitahu pendengaran itu akan digabungkan dan dilaksana secara bersama.

“CAS mengesahkan pendengaran secara bersemuka untuk prosedur berikutnya akan diadakan pada 26 Februari di ibu pejabat CAS di Lausanne.

“Prosedur terbabit akan digabungkan dan didengar secara bersama,” kata CAS.

Pada September lalu, tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Hector Hevel, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Hector Hevel digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen.

Namun Isnin lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa CAS membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain terbabit.

Keputusan CAS itu bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain itu sebelum ini ditangguhkan buat sementara waktu.

Justeru, mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast