Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Y. Subbiah berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan ketika ini.

“Siasatan sedang dijalankan dan kita akan memanggil beberapa individu dalam masa terdekat,” katanya.

Karunanithy.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ‘Thaneer Panthal’ sempena Thaipusam di Jalan Air Terjun di sini hari.

Media sebelum ini melaporkan SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Menurut sumber, kertas siasatan tersebut dibuka susulan pendedahan yang dilakukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan negeri hujung tahun lalu.

“Pasukan siasatan telah hadir ke beberapa buah pejabat yang disyaki terlibat dalam kes ini bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dan kini semuanya dalam kajian.

“Selain itu, SPRM juga telah merakam percakapan dua individu yang dipercayai terlibat dalam kes ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tiada rasa takut berdosa..dlm masa sama mengakui penganut Islam..tapi makan dari rezeki haram.. Allahuakbar..patut lah semakin kerap Allah kenakan KIFARAH

Comments are closed.