Foto IG Remy Ishak.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Datuk Remy Ishak mengesahkan dia berada dalam keadaan baik selepas dilaporkan mengalami keretakan tulang rusuk semasa menjalani penggambaran filem Takluk 2 Ops Daulat semalam.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata, dia tidak mengalami kecederaan dialaminya itu tidak serius ketika melakokan satu babak aksi.

“Keadaan saya okay, tiada yang serius. Semuanya okay! Semalam memang ada berlaku sedikit kemalangan kecil ketika melakonkan babak dalam filem aksi Takluk 2 Ops Daulat.

“Tapi bagi saya itu perkara biasa dalam filem aksi memang ada berlaku kemalangan dan kecederaan kecil,” katanya dalam hantaran di InstaStory miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Remy, 43, turut berkongsi keadaannya yang terpaksa memakai alat sokongan di leher ketika berada di sebuah pusat perubatan.

Kata Remy, dia juga bakal kembali ke lokasi penggambaran sebaik sahaja selesai menjalani rawatan fisioterapi buat kali kedua.

“Insya-Allah kalau tiada apa-apa esok selepas saya menjalankan sesi fisoterapi yang kedua saya dah boleh keluar dari hospital dan menyambung semula penggambaran,” tambahnya.

Remy juga menganggap kecederaan yang berlak sebagai sebahagian daripada cabaran dalam menjayakan naskhah aksi.

“Lelaki kuat tidak mengeluh, kami menyesuaikan diri dan menakluk cabaran,” katanya.

Semalam, pengurus Remy, Azlin Abas memaklumkan Remy terlibat dalam satu kemalangan kecil di lokasi penggambaran filem terbaharu lakonannya di Kota Tinggi, Johor.

Malah isterinya Datin Ezza Yusof turut memohon doa orang ramai menerusi satu hantaran di Threads miliknya agar suaminya berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam
insiden berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast