Menteri di Jabatan Perdana (Menteri Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan bercakap pada sidang media selepas Peluncuran Dua Kontena Penghantaran Al-Qur'an dan Terjemahan ke USA (Washington), Ivory Coast dan Ghana di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 FEBRUARI 2026

PUTRAJAYA – Sebanyak 40,000 naskhah al-Qur’an beserta terjemahan dihantar ke keluar negara sempena dengan Festival Hari Terbuka Nasyrul Quran anjuran Yayasan Restu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, penghantaran itu merangkumi, 20,000 naskhah al-Qur’an terjemahan Bahasa Inggeris, Spanish Europe dan SpanishLatin ke Washington, Amerika Syarikat (Washington).

Baki jumlah itu kata beliau merupakan terjemahan Bahasa Perancis dan Inggeris ke Ivory Coast dan Ghana.

Menurutnya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyebarkan risalah Al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke seluruh dunia.

“Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam menyebarkan nilai Islam dan ilmu Al-Qur’an ke seluruh dunia.

“Penghantaran Al-Qur’an ini bukan sekadar misi logistik tetapi satu amanah dakwah dan kemanusiaan.

“la melambangkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkukuh kefahaman Islam yang rahmatan lil ‘alamin di peringkat global,” katanya pada majlis penghantaran penghantaran 40,000 naskhah al-Qur’an beserta terjemahan itu di Kompleks Nasyrul Quran di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana (Menteri Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan bercakap pada sidang media selepas Peluncuran Dua Kontena Penghantaran Al-Qur’an dan Terjemahan ke USA (Washington), Ivory Coast dan Ghana di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 FEBRUARI 2026

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Dr Abdul Latiff Mirasa berkata, penghantaran itu adalah sebahagian daripada komitmen pihaknya dalam menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab percetakan, penterjemahan dan pengedaran al-Qur’an bertaraf antarabangsa.

“Penghantaran ini melengkapkan lebih 553,966 naskhah yang sudah disalurkan ke beberapa buah negara melalui pelbagai agensi dan organisasi.

“Yayasan Restu menjangkakan penerbitan serta percetakan peringkat pertama terjemahan Al-Quran fasa kedua ke dalam 12 bahasa lagi  termasuk Bahasa Finland, Bahasa Greek, Bahasa Uzbek, dan lain-lain lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Menteri di Jabatan Perdana (Menteri Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan ketika Peluncuran Dua Kontena Penghantaran Al-Qur’an dan Terjemahan ke USA (Washington), Ivory Coast dan Ghana di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 FEBRUARI 2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast