Antara barangan pertanian tanpa permit yang sah dan tiada perakuan yang dirampas. - Foto AKPS

KUALA LUMPUR – Sejumlah 2.09 tan pelbagai barangan pertanian tanpa permit yang sah dan tiada perakuan berjumlah RM17,403 dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Rantau Panjang.

AKPS dalam kenyataan semalam berkata, barangan pertanian dari Thailand merangkumi halia, lengkuas, kobis, ubi kemili, pisang, limau dan serai.

Kesalahan berkaitan adalah pengimportan tanpa Permit Import MAQIS di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Sehubungan itu, keseluruhan konsainan telah ditahan dan disita untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan,” jelasnya.

Untuk rekod sehingga 15 Februari 2026, AKPS Rantau Panjang telah mencatatkan jumlah rampasan pelbagai barangan dan kesalahan di bawah Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (Akta 860) dan akta-akta berkaitan bernilai RM 96,068.

AKPS menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan makanan, pematuhan undang-undang serta kepentingan pengguna sentiasa terpelihara, khususnya di pintu masuk sempadan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast