KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya di seluruh negara.

Baginda bertitah agar sambutan Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, keharmonian dan semangat perpaduan.

“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini juga membawa kebahagiaan, kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara tercinta,” titah baginda menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim. -MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast