KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Seri Paduka Baginda berdua, menyeru agar bulan yang penuh keberkatan ini dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadah, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat saling membantu antara satu sama lain.
“Saya dan Raja Permaisuri Agong mendoakan Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan, serta seluruh rakyat dikurniakan kesejahteraan, keamanan dan keharmonian,” titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa esok. – MalaysiaGazette
















