Iklan palsu mengenai haji percuma yang didakwa ditawarkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Gambar: Facebook: Tabung Haji.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan sebarang tawaran untuk mengerjakan haji percuma sama ada secara langsung atau melalui anak syarikat di mana-mana platform media sosial.

TH dalam kenyataannya menegaskan, pihaknya telah mengesan kewujudan beberapa akaun media sosial yang membuat tawaran haji percuma kepada orang ramai.

Menurut TH, sebarang tawaran haji percuma yang menggunakan nama atau logo institusi itu adalah palsu dan bertujuan mengelirukan masyarakat.

“TH tidak pernah menawarkan pakej haji percuma dalam apa jua bentuk. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan taktik penipuan yang cuba mengambil kesempatan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi termasuk butiran akaun kepada pihak yang meragukan.

TH turut menggesa masyarakat supaya merujuk saluran komunikasi rasmi institusi berkenaan bagi mendapatkan pengesahan atau maklumat lanjut berhubung sebarang tawaran yang mencurigakan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast