40 pemimpin pelajar UUM dalam aktiviti penerokaan Gua Kandu

GOPENG – Universiti Utara Malaysia (UUM) melatih 40 pemimpin organisasi pelajar menerusi Kursus Pemerkasaan Jati Diri dan Kepimpinan Badan Pelajar 2026 yang berlangsung di Kem Murni, di sini.

Program selama tiga hari bermula 8 Februari itu dianjurkan Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar (SELECT), Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti berkenaan bagi memperkukuhkan ketahanan mental dan fizikal mahasiswa. 

Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, universiti komited melahirkan pemimpin pelajar yang berintegriti serta berpegang kepada nilai adab selaras dengan teras “Menjulang Ilmu, Mengakar Adab”. 

Beliau menambah, universiti komited membentuk graduan berkualiti yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Sepanjang kursus itu, peserta mengikuti pelbagai modul termasuk pengurusan stres, pembangunan kepimpinan dan aktiviti ketahanan diri.

Pengurus SELECT, Mohd Farhan Ismail berkata, aktiviti luar tersebut bertujuan membantu peserta keluar dari zon selesa dan meningkatkan keyakinan diri sebagai pemimpin mahasiswa. -MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast