Sebahagian daripada 300 penerima sumbangan bakul Ramadan sempena program Kongsi Rezeki Ramadan anjuran UMT dan Nestle.

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Nestle Malaysia mengagihkan 300 bakul Ramadan dan 1,200 bekas bubur lambuk kepada pelajar serta komuniti setempat, baru-baru ini. 

Program itu bertujuan membantu golongan memerlukan termasuk pelajar asnaf dan kakitangan universiti dalam membuat persiapan menjelang Ramadan. 

Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh kebajikan pelajar serta memupuk semangat keprihatinan melalui kerjasama strategik dengan pihak industri. 

Menurut beliau, kerjasama bersama Nestle Malaysia turut memberi peluang kepada warga kampus untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan. 

Selain pengagihan bakul Ramadan, program itu turut melibatkan penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong dengan penglibatan pelajar dan kakitangan universiti. 

Inisiatif tersebut diharap dapat meringankan beban penerima serta mengeratkan hubungan antara universiti, industri dan komuniti setempat. – MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast