Lawatan Shazwan (kanan) ke pusat pengoperasian pembungkusan dan penghantaran baja Sinergrow 65 di Flash Fulfilment, Puncak Alam, Selangor.

KUALA LUMPUR — Sinergi Perdana Sdn. Bhd., syarikat pengeluar baja milik penuh RISDA Holdings Sdn Bhd melancarkan Pek Mini Baja SinerGrow 65 pada harga istimewa RM26 sepaket yang kini boleh didapati secara eksklusif menerusi platform TikTok Shop.

Ketua Pegawai Eksekutif Sinergi Perdana, Shazwan Mazly Mazlan berkata, pengenalan saiz mini itu bertujuan memperluaskan akses baja kompaun berkualiti tinggi khusus kepada pekebun kecil, petani, pengusaha pertanian bandar serta usahawan tani baharu.

“Pelancaran Pek Mini SinerGrow 65 ini mencerminkan komitmen kami dalam memastikan input pertanian berkualiti boleh diakses dengan mudah.

“Dengan tawaran harga berpatutan serta saiz yang praktikal, kami menggalakkan pengguna mencuba keberkesanan produk ini sebelum membeli dalam kuantiti lebih besar.

“Ini bukan sekadar baja tetapi penyelesaian pintar untuk pertumbuhan tanaman yang optimum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SinerGrow 65 dirumus khas dengan nutrien makro utama seperti nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) atau NPK yang penting bagi pertumbuhan daun, akar serta penghasilan buah.

Selain itu, ia turut mengandungi unsur sekunder yang membantu memperkukuh struktur tanaman dan meningkatkan daya tahan terhadap tekanan persekitaran.

Baja berbentuk granul itu mudah digunakan dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman termasuk sayur-sayuran, buah-buahan serta tanaman hiasan sama ada di kebun kecil mahupun di dalam pasu.

Pendekatan jualan eksklusif melalui TikTok Shop selari dengan strategi transformasi digital syarikat dalam memperluaskan jangkauan pasaran serta mendekati pengguna menerusi sesi siaran langsung (LIVE) berkala dan demonstrasi penggunaan produk.

Sebagai entiti di bawah Kumpulan RISDA Holdings, Sinergi Perdana terus komited menyokong pembangunan sektor pertanian negara dengan menyediakan input pertanian berkualiti pada harga kompetitif, di samping mempromosikan amalan pertanian mampan dan inklusif.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Pek Mini Baja SinerGrow 65 pada harga RM26 melalui akaun rasmi TikTok Shop @SinerGrow 65.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-4815 7260, e mel [[email protected]](mailto:[email protected]) atau layari laman web rasmi Sinergi Perdana. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast