Decorative photo

KUALA LUMPUR – ZKedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar menasihatkan semua rakyat Malaysia di negara itu untuk terus berwaspada dan tidak keluar kecuali untuk urusan mustahak.

Kedutaan itu dalam notis yang dikongsi di laman Facebook berkata keadaan di Rantau Teluk dan Qatar masih belum stabil sepenuhnya.

“Sila ikuti perkembangan semasa melalui sumber-sumber sahih dan jangan berkongsi berita tidak benar,” menurut notis itu.

Tambahnya, buat masa ini ruang udara Qatar masih ditutup,

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan lanjut di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad diminta menghubungi Qatar Airways di talian +974 4144 5555.

Kedutaan boleh dihubungi di talian +974 3374 6733 (24 jam) atau e-mel [email protected] untuk sebarang kecemasan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast