Tidak sampai 24 jam menjadi buruan, seorang lelaki ditahan selepas melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat, Johor.
Tangkapan ke atas suspek berusia lingkuang 20-an itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada jam 3.15 pagi tadi di sebuah rumah di Pasir Gudang.














