Hussein Omar Khan memaklumkan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya membongkar sebuah makmal dadah haram di sebuah gudang di kawasan Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, Selangor.
Serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Subang Jaya pada 2 Mac 2026 itu berjaya merampas ratusan tong berisi cecair dan serbuk disyaki bahan kimia serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah.















