Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz dalam sidang media sebentar tadi menyatakan bahawa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambung kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak tahun lalu adalah manifestasi kegagalan agenda reformasi yang dilaungkan sejak zaman pembangkang.















