Dua suspek ditahan dan beberapa barangan yang dirampas dalam kes pecah pejabat di kaki Gunung Lambak, Kluang

KLUANG – Seorang lelaki warga emas antara dua ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah pejabat di kaki Gunung Lambak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima laporan kejadian tersebut daripada seorang wanita berhubung pukul 7.57 petang, pada Jumaat lalu.

Susulan itu  sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Kluang melakukan tangkapan ke atas dua lelaki tersebut yang berusia 60 dan 50 tahun.

“Kedua-dua suspek ditahan di Kampung Melayu dan Taman Maju Padu pukul 12.30 tengah malam, turut dirampas beberapa barangan disyaki dicuri iaitu telefon bimbit, dompet dan pakaian.

“Kedua-dua suspek memiliki satu dan empat rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah. Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif morfin,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, kedua-duanya direman dari 7 hingga Mac ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi IPD Kluang di talian 07-7784222 (hotline) atau 07-7784256 dan 014-365682.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast