Tiada sebarang peruntukan undang-undang yang menghalang siasatan dijalankan terhadap Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meskipun bekas setiausaha politik kanan Perdana Menteri itu telah didakwa di mahkamah tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan memaklumkan perkara itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas peguam Datuk Amer Hamzah Arshad mewakili ahli politik tersebut membangkitkan isu berkenaan semasa sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin hari ini.















