Datuk Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR – Semua Menteri Kabinet disaran agar lebih proaktif untuk mengadakan sesi libat urus dalam menangani impak konflik Asia Barat yang bakal memberi kesan kepada beberapa sektor ekonomi penting negara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, saranan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Perdana Menteri telah menegaskan menteri-menteri perlu proaktif untuk mengadakan sesi libat urus seperti yang telah dilakukan oleh Menteri Pengangkutan dengan mengadakan perbincangan dengan sektor penerbangan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian semasa sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di kementerian di sini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, hasil dapatan daripada sesi libat urus yang dibuat menteri Kabinet akan dikumpulkan bagi merangka hala tuju serta menentukan bentuk bantuan atau inisiatif kerajaan sekiranya diperlukan.

Menurut beliau, pendekatan secara menyeluruh itu akan membantu kerajaan menilai keperluan sebenar sektor yang terjejas dan memastikan respons yang lebih tersusun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast